Sekitar minggu lalu, Apple telah memperkenalkan peranti penuh kuasa khususnya buat mereka memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi bagi tujuan suntingan dan sebagainya menerusi model Apple Mac Studio.

Hadir dengan rekaan seakan Apple Mac Mini namun dengan saiz yang lebih tebal, Apple Mac Studio hadir dengan cip pemprosesan terbaru daripada Apple iaitu Apple M1 Ultra yang mampu menawarkan prestasi 80% lebih tinggi berbanding Apple Macbook Pro.

Sumber: YouTube iJustine

Selain itu, penawaran RAM sehingga 128GB dan 8TB SSD antara ditawarkan buat model ini mengikut pilihan yang diperlukan pengguna.

Dalam pada itu, siapa sangka model ini yang direka oleh Apple di California ini dihasilkan di sebuah kilang di Malaysia. Untuk pengetahuan, model Mac Mini sebelum ini sebahagiannya dihasilkan di Malaysia dan sebahagian lagi dihasilkan di China. Model penuh kuasa ini sedia untuk didapatkan bermula daripada RM8,799 bagi cip Apple M1 Max dan RM16,799 bagi cip Apple M1 Ultra.

Ketahui lebih lanjut mengenai Apple Mac Studio yang menggunakan cip M1 Ultra dengan klik pautan di bawah.

Ditawarkan Pada Harga RM16,799, Apple Lancarkan Mac Studio Dengan Cip M1 Ultra

Siri iPhone 13 Berwarna Hijau Sudah Boleh Ditempah Bermula Hari Ini

Sumber